Wednesday, 29th January 2020 [ 5:25:45 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Menteri WP Lancar Aplikasi Mudah Alih Mobis V2

             Mobis1 Mobis2   

Majlis Pelancaran Aplikasi Mobile Integrated Service (MOBIS) Versi 2 (v2) dan Kuala Lumpur Sport, Event & Facilities (KLSPEF) telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan dan turut sama hadir ialah YBhg. Dato' Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur; dan ketua-ketua jabatan DBKL

 

Aplikasi MOBIS v2 ini adalah hasil projek inovasi DBKL dalam menyediakan perkhimatan DBKL melalui aplikasi mudah alih. Keupayaan MOBIS v2 tidak hanya terhad pada semakan notis kompaun trafik tetapi telah ditambah baik dengan kemudahan pembayaran secara atas talian dan terkini, MOBIS v2 telah dijenamakan semula melalui tiga jenis perkhidmatan iaitu notis kompaun trafik, cukai taksiran dan memperbaharui lesen seperti premis, komposit serta iklan papan tanda

 

KLSPEF pula adalah aplikasi yang dijenamakan semula dari sistem MyTempahan yang bertujuan untuk memudahkan warga kota membuat tempahan dan bayaran secara atas talian. Warga kota kini boleh menggunakan aplikasi KLSPEF untuk membuat tempahan dewan atau kompleks yang terletak di sekitar Kuala Lumpur bagi tujuh jenis acara sukan iaitu, badminton, tenis, ping pong, futsal, padang bola sepak, sepak takraw dan bola tampar.

 

Sila layari https://appsys.dbkl.gov.my/kl-spef/ untuk tempahan dan muat turun MOBIS v2 di Google Play (android) dan AppStore (iOS).