Sabtu, 4 April 2020 [ 5:19:23 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Taman Rimba Kiara

Taman Rimba Bukit Kiara mempunyai keluasan iaitu sebanyak 15.70 hektar atau 38.78 ekar (termasuk kawasan Rumah Panjang). Keseluruhan topografi adalah rata manakala pokok-pokok telah sedia ada (dari stok Nurseri FRIM) yang cukup matang. Tapak yang berpotensi dibangunkan sebagai Taman Rimba ini adalah bekas kawasan Nurseri FRIM (Forest Research Institute of Malaysia) yang telah diambil alih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan punca peruntukan dari Bahagian Kemajuan Wilayah, Jabatan Perdana Menteri. Terdapat tiga buah kolam di kawasan ini yang dulunya menjadi sumber siraman pokok dan juga sebagai hiasan.

 

Definisi taman rimba merupakan sebuah taman yang mempunyai satu ekosistem yang lengkap dimana terdapat kombinasi atau gabungan Flora, Fauna dan Manusia. Ia mengandungi satu set keadaan yang boleh menampung ketiga-tiga elemen tersebut secara semulajadi. Taman ini juga mempamerkan pertalian atau hubungkait manusia dengan kehidupan flora dan fauna yang saling memerlukan diantara satu sama lain bagi keperluan kehidupannya.

 

Konsep dan ciri-ciri taman yang berkonsepkan hutan dalam bandar, dimana ciri-ciri flora yang dirancang dan ditanam adalah dari spesis-spesis yang sesuai kehidupannya di Hutan Tropika seperti pokok kayu keras, paku-pakis dan tanaman menjalar. Taman ini juga ditanam dengan pokok buah-buahan dan tanaman-tanaman yang tidak beracun demi keselamatan haiwan-haiwan liar yang terdapat di situ contohnya beburung, serangga dan jenis-jenis tupai.

 

Kemudahan-kemudahan asas telah disediakan adalah seperti taman permainan kanak-kanak, siarkaki, wakaf, tandas, tempat letak kenderaan dan sebagainya turut disediakan untuk kegunaan bersama. Untuk makluman para pengunjung, tempat letak kenderaan dibina berasingan dengan taman kerana kenderaan tidak dibenarkan memasuki kawasan taman ini. Ini adalah untuk mengelakkan pencemaran bunyi dari kenderaan-kenderaan agar suasana semulajadi taman ini tidak tercemar.

 

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-2617 6396 /6402.

 

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

 

tmn-rimba-kiara-1 taman rimba kiara taman rimba kiara taman rimba kiara taman rimba kiara taman rimba kiara taman rimba kiara taman rimba kiara