Isnin, 6 Julai 2020 [ 1:31:03 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Taman Tasik Permaisuri

Taman Tasik Permaisuri mempunyai keluasan kawasan ialah 49.4 hektar atau 122 ekar. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Sultanah Zanariah, D.K Raja Permaisuri Agong ke-8 pada 2 April 1989. Taman tasik seluas 49.4 hektar ini dibangunkan pada tahun 1984 dan terletak di antara Jalan Budiman dan Jalan Tenteram, Cheras iaitu kira-kira 15 km dari pusat bandar.

 

Ianya terdiri daripada sebuah tasik seluas 14 ekar dengan empat buah pulau-pulau kecil di dalamnya. Kawasan sekitarnya ditanam dengan pokok-pokok rendah dan renek yang bukan sahaja mengindahkan taman ini tetapi juga sebagai tempat untuk berlindung dari terik matahari.

 

Lokasinya yang berhampiran dengan Kompleks Renang Kuala Lumpur, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Kompleks Sukan DBKL, Pusat Belia Antarabangsa, Unit Berkuda DBKL, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Masjid Bandar Tun Razak telah menjadikannya sebagai tempat tumpuaan yang popular bagi para pengunjung dari dalam dan luar negeri..

 

Tarikan utama di taman ini adalah Laman Iskandar Puteri yang terletak di sudut seluas 2 hektar. Ia bercirikan Taman Diraja Melayu Tradisi, ditanam dengan bunga-bungaan dan dilengkapi dengan pancutan air berirama dan pancutan air berbentuk sireh junjung.

 

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-2617 6396 /6402.

 

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

 

taman tasik permaisuri taman tasik permaisuri taman tasik permaisuri taman tasik permaisuri taman tasik permaisuri tmn-tasik-permaisuri-6 tmn-tasik-permaisuri-7 taman tasik permaisuri