Rabu, 29 Januari 2020 [ 4:06:50 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Tender Bil. 01/2020

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2020/A001 Tender Renewel Trend Micro Antivirus Licenses For Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (2020-2021)
Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210107 Dan 210103

Tarikh Tender Dibuka
10 Januari 2020 (Jumaat)

 

Tarikh Tender Ditutup
 23 Januari 2020 (Khamis)

RM300.00
2020/A002 Membekal, Menghantar Dan Memasang Peralatan, Perabot Dan Kelengkapan Pejabat (Berasaskan Elektrik Dan Elektronik) Untuk Projek Kecil Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar, DBKL Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun
Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
020301 Dan 020302

Tarikh Tender Dibuka
10 Januari 2020 (Jumaat)

 

Tarikh Tender Ditutup
 23 Januari 2020 (Khamis)

RM300.00
2020/A003 Membekal, Menghantar Dan Memasang Peralatan, Perabot Dan Kelengkapan Pejabat (Berasaskan Besi Dan Logam) Untuk Projek Kecil Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar, DBKL Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun
Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
020101

Tarikh Tender Dibuka
10 Januari 2020 (Jumaat)

 

Tarikh Tender Ditutup
 23 Januari 2020 (Khamis)

RM300.00
2020/A004

Membekal, Menghantar Dan Memasang Peralatan, Perabot Dan Kelengkapan Pejabat (Berasaskan Kayu, Polyster, Kain & Plastik) Untuk Projek Kecil Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar, DBKL Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
020101

Tarikh Tender Dibuka
10 Januari 2020 (Jumaat)

 

Tarikh Tender Ditutup
 23 Januari 2020 (Khamis)

RM300.00
2020/A005 Projek Digital Signage Bagi Menaiktaraf Paparan Di Menara DBKL 1,2 Dan 3

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3
Kategori ME
Pengkhususan
E04 Atau E07 Atau E11 Atau E12

Tarikh Tender Dibuka
10 Januari 2020 (Jumaat)

 

Tarikh Tender Ditutup
 23 Januari 2020 (Khamis)

RM300.00
2020/A006

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Di Jalan Sultan Iskandar, Jalan Damansara Dan Jalan Istana, Kuala Lumpur (meliputi Pembahagi Jalan, Lereng Kiri Dan Kanan Serta Kawasan Landskap Sekitar Termasuk Interchange)

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221002 Dan 222102 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak
15 Januari 2020 (Rabu)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Depan Pintu 1 Muzium Diraja (Jalan Istana)

 

Tarikh Tender Ditutup
28 Januari 2020 (Selasa)

RM300.00
2020/A007

Kerja Menyelenggara, Memelihara Dan Mengganti Alatganti Kepada Lif Berjenama “Sigma” Yang Sedia Ada Di Kawasan Projek Perumahan Rakyat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Sebanyak 30 Unit, Secara “Total Comprehensive Maintanance”

Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7
Kategori ME
Pengkhususan
M03

Tarikh Taklimat Tapak
16 Januari 2020 (Khamis)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Bilik Taklimat Tingkat 3, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300, Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
5 Februari 2020 (Rabu)

RM300.00
2020/A008

Kerja – Kerja Menyelenggara, Memelihara Dan Mengganti Alatganti Kepada Lif Berjenama “Dong Yang” Yang Sedia Ada Di Kawasan Perumahan Awam Dan Projek Perumahan Rakyat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Sebanyak 11 Buah , Secara “Total Comprehensive Maintanance” Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun

Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3 Atau G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7
Kategori ME
Pengkhususan
M03

Tarikh Taklimat Tapak
16 Januari 2020 (Khamis)

 

11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Bilik Taklimat Tingkat 3, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300, Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
5 Februari 2020 (Rabu)

RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2020/A006, 2020/A007 Dan 2020/A008 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2020/A006, 2020/A007 Dan 2020/A008 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    (i)  Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (2020/A006)

    (ii)  Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)(2020/A006)

    (iii)  Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2020/A007 Dan 2020/A008)

    (iv)  Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran jua pun.