Ahad, 23 Februari 2020 [ 9:49:45 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

W3C

W3C : Web Content Accessibility Guidelines (Disability Access)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access berpandukan standard W3C.

Web Accessibility Initiative (WAI) mengikut tatacara garis panduan Web Content Accessibility Guidelines 2.0.

A) Pengguna cacat penglihatan

Dapatkan perisian percuma komponen (extension) ChromeVox untuk pelayar web Google Chrome di sini untuk tujuan kandungan teks portal ini dibacakan dalam bentuk bunyi (audio) pertuturan (dalam Bahasa Inggeris).

  1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda perlu memasangnya pada Google Chrome sebagai extension dan sebelum itu harus memuat turun dan pasang (install) terlebih dahulu perisian pelayar web (Web Browser) Google Chrome.

  2. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.

  3. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan sekurang-kurangnya satu perisian jenis Speech Engine atau Text/Screen Reader atau Text-to-speech (TTS). Speech engine adalah 'suara' yang dilontarkan oleh seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bertutur dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain mengikut pilihan anda. Contoh perisian lain yang boleh digunakan ialah Microsoft Narrator yang tersedia dalam Windows 8/7/Vista dan komponen (Chrome extensionMicrosoft.

B) Pengguna buta warna

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Portal Rasmi DBKL. Pengguna boleh memilih warna daripada pilihan warna yang disediakan dan warna tulisan pada Portal Rasmi DBKL akan berubah mengikut pilhan anda.

Screen Shot 2020-01-22 at 11.14.03 AM

C) Pengguna warga tua atau mempunyai rabun dekat / jauh

Bagi kategori ini, Portal Rasmi DBKL menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Portal Rasmi DBKL. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

Screen Shot 2020-01-22 at 11.14.22 AM

 

D) Pengguna cacat anggota tangan dan kaki atau masalah kawalan motor saraf / deria sentuhan (motor and dexterity impairments)

  1. Portal ini boleh dilayari dengan tanpa menggunakan peranti tetikus (mouse), iaitu hanya menggunakan papan kekunci (keyboard) dengan menekan butang Tab dan anak panah (arrows) untuk bergerak di sekitar ruang dan elemen antaramuka portal dan menekan butang Enter atau Spacebar untuk memilih satu elemen antaramuka untuk berinteraksi atau sebagai pautan ke halaman kandungan portal yang lain.

  2. Portal ini juga boleh dilayari dengan menggunakan peranti tetikus (mouse) sahaja, dibantu dengan perisian tersedia Windows On-Screen Keyboard.

  3. Portal ini juga boleh dilayari dan diakses secara bunyi (audio) menggunakan alat microphone, dalam bentuk arahan pertuturan Bahasa Inggeris dengan cara jenis perisian (tools) Speech Recognition atau sekurang-kurangnya Speech-to-text menggunakan Teknologi Alat Bantuan (assistive technology) seperti perisian Windows Speech Recognition dan perisian komponen (Chrome extension) Speech Recognition Online Speechpad.pw