Ahad, 23 Februari 2020 [ 10:21:28 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Festival Hari Wilayah Persekutuan 2020

             Festival Hari Hari Wilayah Persekutuan 2020 2 Festival Hari Hari Wilayah Persekutuan 2020 1   

Festival ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat (YB) Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir sama ialah, YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama; YB Datuk Dr. Shahruddin, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan; YBhg, Datuk Hajah Rosida, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Ahli- Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan, YBhg.Dato' Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur; ketua-ketua agensi dan Ketua - ketua Jabatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

Bertemakan 'Sayangi Wilayahku', festival ini bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada tanggal 1 Februari setiap tahun. Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui DBKL menganjurkan festival ini bagi memperingati dan meraikan pengisytiharaan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan. Sejumlah 29 program telah disediakan untuk semua warga wilayah persekutuan bermula 1 Februari hingga 29 Februari 2020.