Ahad, 23 Februari 2020 [ 10:55:07 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Prima Dakwah Wilayahku Peringkat Kuala Lumpur

             Prima Dakwah2 Prima Dakwah1   

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 dengan menganjurkan Prima Dakwah Wilayahku peringkat Kuala Lumpur.

 

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat (YB) Tuan Hj. Khalid bin Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir sama ialah Yang Amat Arif (YAA) Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie; YBhg. Dato' Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg. Datuk Seri Mazlan bin Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur, YBhg. Dato' TPR Mohd Anuar bin Maidin, Ketua Pengarah PLAN Malaysia; YBhg. Dato' Sri Hj. Amir bin Hj. Hussien, Pengerusi Perbadanan Labuan; YBhg. Dato' Hj. Che Roslan bin Che Daud, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan; YBrs, Encik Zaizalnizam bin Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan; YBrs Datin Paduka Dr. Samsinar Md. Sidin, Naib Cansellor Universiti Tun Abdul Razak; Pengarah - pengarah Eksekutif DBKL, dan Ketua - ketua jabatan DBKL.

 

Bertemakan 'Mahabbah Rasulullah SAW Pemangkin Keharmonian Wilayah Persekutuan', majlis ilmiah ini telah menjemput khas penceramah nusantara, Al-Fadhil Ustaz Dr. Abdul Somad bagi menyempurnakan pengisian majlis.

 

Bacaan maulid dan alunan qasidah juga turut bergema di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur ini. Diharapkan penganjuran program ini dapat merapatkan silaturrahim dan memupuk perpaduan sesama kaum muslimin.