Ahad, 23 Februari 2020 [ 10:03:43 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Tender Bil. 04/2020

Tarikh Iklan Tender : 06 Februari 2020

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2020/A026 Membekal dan Menghantar Pokok Orkid Ke Bahagian Pengurusan Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
070201

Tarikh Tender Dibuka
6 Februari 2020 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup
25 Februari 2020 (Selasa)

 

RM300.00
2020/A027 Internet Dan Email Upgrade For Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210202 Dan 210105

Tarikh Tender Dibuka
6 Februari 2020 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup
19 Februari 2020 (Rabu)

 

RM350.00
2020/A028 Kerja - Kerja Menyelenggara, Menaiktaraf Dan Membaikpulih Kerja - Kerja Elektrik Di Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi

Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3 Atau G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7
Kategori ME
Pengkhususan
E04 Dan E06 Dan
E11

 

Tarikh Tender Dibuka
6 Februari 2020 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup
25 Februari 2020 (Selasa)

RM300.00
2020/A029 Cadangan Kerja - Kerja Penyelenggaraan Dan Pemasangan Baru Sistem Kameta Litar Tertutup (CCTV) Untuk Bangunan - Bangunan Milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun.

Berdaftar Dengan CIDB
Gred G3 Atau G4 Atau G5 Atau G6 Atau G7
Kategori ME
Pengkhususan
E02 Dan E04 Dan
E11

 

Tarikh Tender Dibuka
6 Februari 2020 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup
25 Februari 2020 (Selasa)

RM350.00
2020/A030 Cadangan Pengindahan Landskap Berteraskan Konsep bunga - Bungaan Dan Pasu Gantung Di Kawasan Strategik Di Sekitar Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun (2020-2022)

Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
221002 Dan
222102 Dan
222104 Dan 070201

Tarikh Taklimat Tapak
13 Februari 2020 (Khamis)

11:00 Pagi – 12:00 Tengahari
Bilik Taklimat Tingkat 3, menara DBKL 3, Jalan raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup
26 Februari 2020 (Rabu)

 

RM300.00
2020/A031 Cadangan Kerja - Kerja Menyelenggara, Menaiktaraf Dab Baikpulih Kawasan Gunasama Termasuk Kawasan Persekitaran Dalam Dan Luar Rumah Pangsa Di Kawasan Perumahan Awam (PA) Dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4 Kategori B Pengkhususan B24 Dan B27 Dan B28

Tarikh Taklimat Tapak
19 Februari 2020 (Rabu)

9:30 Pagi – 10:30 Pagi
Dewan serbaguna Desa Rejang PPR Desa Rejang, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur

Tarikh Tender Ditutup
9 Mac 2020 (Isnin)

 

RM300.00

 

 

 

 

  1. Dokumen tender 2020/A030 dan 2020/A031 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.
  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2020/A030 dan 2020/A031 adalah DIWAJIBKANPENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa:-
    1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2020/A030)
    2. Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2020/A31)
    3. Sijil asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawam (BPKU) (2020/A031)
    4. Cop Syarikat (Rubber Stamp)
  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.
  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.
  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.
  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.
  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.
  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.