Selasa, 7 April 2020 [ 2:12:35 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

             Kenduri Rakyat1 Kenduri Rakyat2   

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 diteruskan lagi dengan Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Pusat Komuniti Gombak, Gombak Setia, Kuala Lumpur.

 

Acara ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat (YB) Tuan Haji Khalid Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir sama, YB Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan; YB Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju; YB Tuan P. Prabakaran, Ahli Parlimen Batu; YBhg. Datuk Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan; YBhg. Dato' Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBrs. Encik Wan Mahadir Wan Mahmood, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wangsa Maju dan Ketua - ketua jabatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

Untuk sambutan tahun ini, Parlimen Wangsa Maju telah dipilih sebagai tuan rumah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Acara hari ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, pertandingan mewarna, Street Artist, dan Indoor Games.

 

Sambutan turut diserikan dengan persembahan tarian pelbagai kaum, cabutan bertuah, penyampaian hadiah, dan sumbangan Tahun Baru Cina.

 

Diharapkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat memupuk semangat cinta dan sayang kepada Wilayah Persekutuan seiring dengan tema sambutan, "Sayangi Wilayahku".