Selasa, 7 April 2020 [ 1:12:32 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Menteri Wilayah Persekutuan Hadir Program Orientasi PSH

             program orientasi Pekerja Sambilan Harian PSH2 program orientasi Pekerja Sambilan Harian PSH1   

Telah diadakan program orientasi Pekerja Sambilan Harian (PSH) pada hari ini di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) yang dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan YB.

 

Tuan Haji Khalid Bin Abd. Samad diiringi oleh YBhg. Dato’ Nor Hisham Bin A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Pengarah-pengarah eksekutif serta ketua-ketua jabatan DBKL.

 

Seramai 146 orang telah dilantik oleh DBKL sebagai PSH untuk pelbagai jawatan dengan kelayakan akademik Diploma dan SPM pada hari ini.

 

Program orientasi selama dua hari ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsi-fungsi DBKL, etika bekerja dan kemudahan-kemudahan yang akan disediakan oleh pihak DBKL kepada para kakitangan yang terpilih. Tempoh pelantikan ini adalah selama satu tahun tertakluk kepada keperluan jabatan.

 

Syabas dan tahniah buat yang terpilih. Hargai peluang ini dan sentiasa komited dalam menjalankan tugas.