Cetak

Majlis Pra-Perasmian Perpustakaan Kuala Lumpur

             PraPerasmian Library KL1 PraPerasmian Library KL2   

Majlis Pra - Perasmian Perpustakaan Kuala Lumpur disempurnakan oleh YBhg. Dato' Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Turut hadir sama YBhg. Dato' Siti Fatimah Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Ibrahim Yusoff, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); dan Pengarah - Pengarah Jabatan DBKL..

 

Majlis dimulakan dengan pelancaran Drop & Share @ PKL oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. Program ini adalah bertujuan untuk mengumpul sebanyak mungkin buku terpakai dan buku baharu sebagai tanda sokongan kempen Malaysia Membaca.

 

Seterusnya, sesi lawatan ke Terowong Masa Kuala Lumpur. Terowong ini memaparkan permulaan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya serta perjalanannya sejak dari 1880an sehingga kini. Sesi lawatan diteruskan dengan lawatan sekitar perpustakaan.

 

Semoga semua warga kota mendapat manfaat daripada transformasi serta kemudahan yang disediakan di PKL.