Khamis, 2 April 2020 [ 12:23:57 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Penyaluran Idea Dan Cadangan Belanjawan DBKL 2021

  1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dalam proses penyediaan Belanjawan 2021. Idea dan cadangan daripada warga kota amat dialu-alukan bagi memastikan Belanjawan DBKL 2021 dapat disediakan mengikut keperluan warga kota.

  2. Sehubungan itu, DBKL mempelawa semua warga kota untuk mengemukakan idea dan cadangan tersebut melalui capaian Portal Idea Belanjawan DBKL 2021 https://cutt.ly/ideabelanjawandbkl.

  3. Idea dan cadangan berkenaan boleh diberikan mengikut 8 program utama yang telah ditetapkan seperti berikut:
    1. Pembersihan Bandar dan Kesihatan;
    2. Kemudahan Infrastruktur Jalan Raya, Sistem Lalu Lintas dan Saliran;
    3. Penghijauan, Kemudahan Taman dan Kemudahan Rekreasi;
    4. Penyelenggaraan Perumahan Awam dan Perumahan Rakyat;
    5. Kesejahteraan Komuniti;
    6. Pengurusan Penjaja dan Peniaga Kecil;
    7. Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan; dan
    8. Kemudahan Awam Lain.

  4. Warga kota boleh mengemukakan idea dan cadangan melalui Portal Idea Belanjawan DBKL 2021 ini selama sebulan bermula 16 Mac 2020 hingga 15 April 2020.

  5. DBKL mengharapkan warga kota mengambil peluang ini untuk memberikan idea dan cadangan bagi memastikan Belanjawan DBKL 2021 dapat disediakan mengikut keperluan warga kota.

Sekian, terima kasih.