Khamis, 28 Mei 2020 [ 7:04:23 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Program Limpahan Lampu Biru Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan

             Light It Blue1 Light It Blue3   

Kementerian Wilayah Persekutuan bersama agensi termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengadakan Program 'Light It Blue' atau Limpahan Lampu Biru sebagai simbolik penghargaan kepada Petugas Barisan Hadapan Covid-19.

 

Program ini bermula 30 April 2020 hingga 3 Mei 2020 jam 10.30 malam hingga 1 pagi melibatkan bangunan ikonik dan jalan utama di tiga wilayah persekutuan. Warna biru dipilih memandangkan ia adalah warna rasmi sektor perubatan yang membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus.

 

             Light It Blue2 Light It Blue4   

 

Tujuan utama program itu adalah demi menzahirkan jutaan terima kasih terhadap pengorbanan kecekalan, kesungguhan, jasa dan keringat pasukan barisan hadapan, baik di sektor awam, swasta serta sukarelawan yang bertugas tanpa sempadan memerangi wabak Covid-19 untuk rakyat Malaysia.

 

Istana Negara juga turut tidak ketinggalan dalam menzahirkan solidariti kepada pasukan petugas hadapan dalam mengekang wabak Covid-19 dengan menyertai program Limpahan Lampu Biru anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan.

 

Menara DBKL 1 dinyalakan dengan fasad led grafik berwarna biru dan juga poster melambangkan solidariti penghargaan dan sokongan tidak berbelah bagi kepada petugas barisan hadapan.