Thursday, 28th May 2020 [ 8:20:50 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Penanaman pokok kurma di lokasi ROL wujud suasana 'oasis' dan meneduhkan persekitaran

             Kurma4 Kurma3   

Tinjauan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur di Jalan Masjid India bagi meninjau lokasi ROL yang telah siap dan ada yang telah membuahkan hasil. Projek River Of Life ialah satu projek Kerajaan Malaysia yang terdiri dari 3 skop utama iaitu:

- Pembersihan Sungai,

- Pengindahan Sungai dan

- Pembangunan Tanah.

 

DBKL merupakan agensi yang dilantik oleh KWP untuk melaksanakan kerja-kerja penambaikan dan pengindahan sungai meliputi kawasan sepanjang 10.7 km. Penanaman pokok kurma adalah satu program yang menyokong kepada program penghijauan bandar seperti yang diuar-uarkan di dalam Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030 (LCSBP 2030) dalam usaha mewujudkan persekitaran berdaya huni yang berkualiti dan serta menghasilkan tadahan karbon yang lebih tinggi.

 

Melalui LCSBP 2030, DBKL juga menggalakkan penanaman pokok selain tanaman lanskap di kawasan-kawasan baru yang dikenalpasti seperti tanah kosong kecil contohnya tapak antara bangunan, di kawasan pembangunan baru, projek-projek infrastruktur, melebarkan rizab lanskap, di atas bumbung dan dinding bangunan dan tanah-tanah kosong dengan tanaman yang boleh dimakan seperti sayuran dan buah- buahan.

 

             Kurma1 Kurma2   

 

Pepohon kurma di lokasi tersebut kini telah berbuah sejak ianya ditanam pada permulaan kerja-kerja naiktaraf dilaksanakan. Sebanyak 10 pohon kurma ditanam dilokasi terbabit bagi menyemai suasana 'oasis' disamping menghijaukan dan meneduhkan persekitaran. Suasana yang tenang dan nyaman di sekitar kawasan tersebut adalah sebahagian daripada projek ROL...Sungai Nadi Kehidupan.

 

Pepohon kurma yang telah berbuah akan menyeri dan menceriakan lagi suasana kawasan tersebut. Ia juga sebagai satu tarikan baharu di lokasi berkenaan. Orang awam adalah diingatkan untuk tidak memetik buah kurma tersebut kerana perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai perbuatan musnahlaku. Petugas penyelenggara lanskap kawasan tersebut sahaja yang dibenarkan untuk memetik buah tersebut.