Thursday, 28th May 2020 [ 8:14:58 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

DBKL Teruskan Tindakan Khas ke Atas Premis Yang Dikendalikan Warga Asing Tanpa Kebenaran

             Tindakan Khas Keatas Premis Yang Dikendalikan Warga Asing2 Tindakan Khas Keatas Premis Yang Dikendalikan Warga Asing3   

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini meneruskan lagi Tindakan Khas Ke Atas Premis Yang Dikendalikan Warga Asing Tanpa Kebenaran di 7 lokasi sekitar Pekan Sungai Besi, Parlimen Bandar Tun Razak; Jalan Bedara, Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

 

7 Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan 4 buah premis Kedai Menjahit Pakaian yang dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran sah dari DBKL dan tindakan penutupan premis serta merta telah dilaksanakan.

 

             Tindakan Khas Keatas Premis Yang Dikendalikan Warga Asing1 Tindakan Khas Keatas Premis Yang Dikendalikan Warga Asing4   

 

Manakala 3 buah premis perniagaan melibatkan kedai runcit dan barangan basah yang dikendalikan warga asing juga turut sama ditutup daripada beroperasi. Kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan selanjutnya bagi mengenalpasti aktiviti perniagaan yang sengaja disewakan kepada warga asing. Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut peruntukan dan SOP DBKL di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tindakan dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa.