Khamis, 28 Mei 2020 [ 8:12:24 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Sebutharga Bil. 7/2020

Tarikh Iklan Sebutharga : 14 Mei 2020 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mempunyai kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:

BIL. SEBUTHARGA

BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA

KELAYAKAN PETENDER

TARIKH SEBUTHARGA DIBUKA DAN SEBUTHARGA DITUTUP

HARGA DOKUMEN

 

2020/B077

 

Sebutharga Bagi Membekal, Menghantar & Memasang Langsir Kubikel, Rel Langsir Kubikel Dan Tilam Bagi Kegunaan Perumahan Bandar DBKL, Di Lot 54 & 56, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

 

 

Bumiputera
Berdaftar Dengan KKM
(Beralamat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya Sahaja)
 

Kod Bidang Baru
020199

 

Tarikh Sebutharga Dibuka
14 Mei 2020 (Khamis)

 

Tarikh Sebutharga Ditutup
1 Jun 2020 (Isnin)

 

RM50.00

 

  1. Bagi pembelian dokumen sebutharga, petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online di laman https://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  2. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan
    1. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
    2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK),
    3. Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB),
    4. Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  3. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  4. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  5. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.