Thursday, 28th May 2020 [ 7:12:50 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Tindakan Ke Atas Aduan Kenderaan Buruk dan Tersadai

             tn-tindakan-kereta-tersadai-2 tn-tindakan-kereta-tersadai-1

DBKL terus melaksanakan kerja-kerja pembersihan bandar dengan melaksanakan tindakan menunda dan mengalih kenderaan tersadai / buruk pada 18 Mei 2020 (Isnin) bagi memastikan bandaraya Kuala Lumpur sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.

Sebanyak 11 buah tindakan angkut dan tunda kenderaan buruk / tersadai telah dilaksanakan di Jalan 2/108, Tmn Salak Jaya dan 1 tindakan angkut rangka motosikal di Jalan 2/38C, Tmn Kepong Baru.

Kesemua 11 buah kenderaan serta 1 rangka motosikal tersebut telah dibawa ke Depoh Simpanan Taman Connaught, Cheras.

             tn-tindakan-kereta-tersadai-3 tn-tindakan-kereta-tersadai-5

Tindakan ini dilaksanakan berasaskan aduan-aduan yang diterima selain daripada rondaan oleh pihak DBKL. Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa kesemasa.

Sebarang aduan mengenai kenderaan buruk boleh disalur terus kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian bebas tol 1 800 88 3255.