Khamis, 28 Mei 2020 [ 8:11:06 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Tindakan Khas Ke Atas Premis Yang Dikendalikan Oleh Warga Asing Tanpa Kebenaran Di Arked Persona dan Lorong Haji Taib

             tindakan-khas-premis-2 tindakan-khas-premis-7

DBKL hari ini meneruskan lagi Tindakan Khas Ke Atas Premis Yang Dikendalikan Oleh Warga Asing Tanpa Kebenaran di 2 buah lokasi berlainan iaitu di Arked Persona Jalan Masjid India dan sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur.

Tindakan penguatkuasaan termasuk notis penutupan premis serta merta perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran sah dari DBKL telah dilaksanakan susulan aduan yang diterima melalui media sosial serta pemantauan oleh pihak DBKL sendiri.

Tindakan melibatkan 5 kedai tudung / pakaian yang dikendalikan bukan warga negara di Jalan Masjid India.

             tindakan-khas-premis-5 tindakan-khas-premis-6

Manakala 2 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap pemilik premis pembekal buah-buahan serta 8 notis kesalahan lalulintas terhadap kenderaan berat yang di parkir menghalang lalulintas awam.

Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut peruntukan dan SOP DBKL di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tindakan dan pemantauan berterusan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.