Ahad, 25 Ogos 2019 [ 10:09:17 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Panduan & Etika

Panggung Bandaraya | Panduan / Peraturan / Etika

 

  • Penonton mesti berada di tempat duduk 15 minit sebelum persembahan bermula
  • Penonton yang lewat tidak akan dibenarkan masuk sehinggalah tibanya waktu yang bersesuaian
  • Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam auditorium kecuali bagi produksi khusus untuk kanak-kanak dan persembahan matinee dengan syarat ditemani oleh orang dewasa
  • Kamera dan sebarang alat rakaman tidak boleh dibawa masuk ke dalam panggung tanpa kebenaran Pengurusan Panggung DBKL
  • Telefon bimbit dan alat kelui hendaklah dimatikan sewaktu memasuki panggung
  • Merokok, membawa makanan dan minuman ke dalam panggung adalah tidak dibenarkan sama sekali
  • Penonton dinasihatkan supaya menjaga barangan berharga, DBKL tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barangan tersebut.

 

Panggung Bandaraya | Kod Pakaian

Orkestra/koir
‘Lounge suit’, batik dan baju berlengan panjang

Teater/tarian
Kemas, sopan dan bersesuaian

Tidak dibenarkan
Seluar jeans yang lusuh/koyak, Kemeja T berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan dan selipar



Panggung Bandaraya | Peringatan Penting

DBKL berhak menafikan penonton dari memasuki panggung jika tidak mematuhi garispanduan dan kod berpakaian yang digariskan di atas. Program persembahan adalah tertakluk kepada pindaan tanpa sebarang maklumat awal.



Dengan Perintah
Datuk Bandar Kuala Lumpur