Sunday, 5th July 2020 [ 1:05:44 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Operasi Penguatkuasaan Anti Litter, Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar DBKL.

             tn-ops-anti-litter-1 tn-ops-anti-litter-2

Operasi seumpama ini telah dilaksanakan pada 19 Jun 2020 (Jumaat) sekitar jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari di sekitar Pusat Bandar Utara, Selayang.

Operasi ini telah melibatkan sejumlah 17 orang petugas dan 12 kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d) iaitu meletak, menyebab diletakkan barang-barang berhubung dengan tred perniagaan di tempat awam telah dikeluarkan.

Operasi ini bertujuan untuk mendidik di samping menjalankan tindakan penguatkuasaan secara berkala pada setiap minggu di sekitar Pusat Bandar Utara Selayang /Pasar Borong.

             tn-ops-anti-litter-3 tn-ops-anti-litter-4

Ia juga bagi menanam sikap tanggungjawab di kalangan peniaga untuk sama- sama membantu pihak berkuasa menjaga kebersihan disekitar premis perniagaan masing-masing.

Di waktu yang sama tindakan /kompaun dikenakan kepada peniaga yang masih berdegil menyebabkan halangan laluan pejalan kaki samada di hadapan dan belakang premis kepada pengguna lain / orang awam.

Tindakan ini dapat memastikan adanya kerjasama daripada peniaga untuk menyediakan tong sampah di setiap premis perniagaan mereka masing-masing.

Dengan wujudnya persekitaran yang bersih, ia dapat meningkatkan imej yang baik untuk kawasan ini pada masyarakat umum dan warga luar yang berkunjung ke negara ini.