Sunday, 5th July 2020 [ 2:27:35 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Operasi Sitaan Dan Penutupan Premis Memproses Ayam

             tn-sita-kilang-ayam-1 tn-sita-kilang-ayam-2

Operasi berkenaan telah dilaksanakan oleh Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jabatan Penguatkuasaan DBKL pada 23 Jun 2020 (Selasa) di sebuah rumah kediaman di Jalan 17A, Kg. Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Sejumlah 11 anggota terlibat dalam operasi ini. Hasil siasatan dan pemeriksaan oleh DBKL mendapati :

  • Menyalahguna pakai premis kediaman sebagai tempat menyimpan dan memproses ayam segar;
  • Pekerja warga asing 2 orang warga Indonesia;
  • Anggaran belaan ayam berjumlah lebih kurang 60 ekor;
  • Tiada Lesen Perniagaan dari DBKL;
  • Beroperasi tanpa mngikut SOP Pusat penyembelihan ayam oleh PBT;
  • Mengalirkan darah/efluen terus ke longkang awam; dan
  • Lokasi yang tidak sesuai kerana berada di zon kediaman.

 

             tn-sita-kilang-ayam-3 tn-sita-kilang-ayam-4

Sehubungan dengan itu, notis tutup premis di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 - Seksyen 101(1)(v) berkuatkuasa 24 Jun 2020 telah dikeluarkan.

Sebarang aduan berhubung kebersihan boleh disalurkan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.