Ahad, 5 Julai 2020 [ 1:49:13 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Pemeriksaan Sanitasi Dan Penutupan Kilang Mee

             tn-pemeriksaan-kilang-mee-3 tn-pemeriksaan-kilang-mee-5

DBKL melalui Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar pada 24 Jun 2020 (Rabu) telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas premis yang beralamat di No. 15, Jalan Segambut Selatan, Segambut, Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan telah mendapati:

  • Terdapat tikus berkeliaran di sekitar tempat pemprosesan makanan berserta urungan najisnya (Tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual);

  • Lantai dan dinding tempat penyediaan makanan kotor serta berdaki hitam;

  • Tandas kotor dan berbau;

  • 3 Pengendali makanan bukan warganegara - tidak mempunyai suntikan tifoid dan tidak memakai penutup kepala dan apron semasa mengendalikan makanan;

  • Peralatan, kelengkapan serta mesin pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang; dan

  • Lokasi dan keadaan struktur premis tidak sesuai dijadikan kilang pemprosesan makanan.

             tn-pemeriksaan-kilang-mee-2 tn-pemeriksaan-kilang-mee-4

Tindakan Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 24 Jun 2020 telah dilaksanakan.

Sebarang aduan berkaitan kebersihan boleh diajukan terus ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.