Ahad, 5 Julai 2020 [ 1:31:10 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

1,334 Calon Hadir Temu Duga Terbuka Pekerja Sambilan Harian (PSH) DBKL

             tn-temuduga-terbuka-psh-3 tn-temuduga-terbuka-psh-1

Temu duga terbuka Pekerja Sambilan Harian (PSH) untuk mengisi kekosongan jawatan di DBKL telah diadakan di Institut Latihan DBKL, Cheras.

Sesi temu duga terbuka yang bermula sejak semalam akan berakhir pada hari ini (25 Jun 2020). Seramai 1,334 orang pemohon telah menghadirkan diri pada hari ini dan semalam untuk memohon kekosongan jawatan Pembantu Tadbir, Pembantu Pustakawan dan Pembantu Kemahiran.

             tn-temuduga-terbuka-psh-2 tn-temuduga-terbuka-psh-4

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menetapkan SOP kepada calon-calon yang hadir seperti mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mengesan suhu badan serta menggunakan cecair pembasmi kuman sepanjang tempoh temu duga berlangsung.

Temu duga terbuka ini dapat memberi peluang kepada mereka yang baharu mencari pekerjaan dan juga kepada mereka yang telah hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

DBKL mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang menghadiri temu duga ini.