Sunday, 5th July 2020 [ 2:32:39 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

DBKL Teruskan Tindakan Ke Atas Warga Asing Yang Menjalankan Perniagaan Tanpa Kebenaran Di Parlimen Titiwangsa

             tn-ops-peniaga-warga-asing-4 tn-ops-peniaga-warga-asing-3

DBKL pada 29 Jun 2020 (Isnin) mempergiatkan lagi tindakan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

Di Parlimen Titiwangsa, dengan kekuatan 5 anggota, tindakan telah dilaksanakan terhadap 2 premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di sekitar Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Tindakan penutupan 2 premis iaitu kedai runcit dan kedai gunting rambut di No. 1, Jalan Datuk Keramat 1, Kg. Datuk Keramat telah dilaksanakan di bawah Sek.101(v); Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kedua-dua premis ini dikendalikan oleh warga Indonesia yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

 

             tn-ops-peniaga-warga-asing-1 tn-ops-peniaga-warga-asing-2

Jika anda mempunyai maklumat mengenai warga asing menjalankan aktiviti perniagaan atau penjajaan tanpa kebenaran, sila hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.