Khamis, 23 Mei 2013 01:32:17

Keprihatinan Awam

Bengkel Pengurusan Nilai Projek Membekal Perkhidmatan Penggunaan Sistem CCTV Dan VMS (ITIS) Secara Sewaan

 
 

Bagi memastikan sistem lalulintas dengan mneggunakan kaedah CCTV diselenggara dengan baik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Pengangkutan Bandar telah mengadakan Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan Nilai Projek Membekal Perkhidmatan Penggunaan Sistem CCTV dan VMS (ITIS) secara sewaan pada 11 Jun 2012 (Isnin). Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Salleh Yusop, Ketua Pengarah DBKL di Institut Latihan DBKL (IDB), Bandar Tun Razak,Cheras.

 

Bengkel yang berlangsung bermula dari 11 Jun hingga 15 Jun 2012 itu bertujuan untuk meningkatkan tahap ketepatan andaian yang digunapakai semasa perancangan oleh semua peserta dapat dicapai dalam sesebuah projek yang bakal dilaksanakan. Selain itu, bengkel ini juga diharap dapat meningkatkan standard, kaedah, prosedur serta kriteria sesuatu projek supaya ia selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.