Rabu, 19 Jun 2013 07:12:33

Keprihatinan Awam

DBKL Anjur Bengkel Berkaitan Penyenaraian Hitam Kesalahan Lalulintas

 
 

Bermula dari 13 Jun hingga 15 Jun 2012, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan telah menganjurkan Bengkel Prosedur Senarai Hitam ke atas Kesalahan Lalulintas bertempat di Institut Latihan DBKL (IDB). Majlis penutupnya telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Salleh Yusop, Ketua Pengarah DBKL, 15 Jun 2012 (Jumaat).

 

Bengkel ini diadakan bertujuan bagi mengenalpasti proses kerja dan prosedur bagi melaksanakan senarai hitam di peringkat DBKL dengan mengikut proses kerja senarai hitam undang-undang sedia ada. Kira-kira 60 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Penguakuasaan dan Keselamatan, Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan, Jabatan Pengurusan Maklumat dan Jabatan Kewangan DBKL. Bengkel ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).