Jumaat, 19 September 2014 [ 7:41:44am ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

81 Cabutan Bertuah Untuk Penyewa PPR dan PPA

on . Posted in Berita

 

Sebanyak 81 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) yang layak dan tidak mempunyai tunggakan sewa sehingga tempoh Januari hingga Disember 2012 dipilih menerima hadiah cabutan bertuah. Majlis cabutan bertuah tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di Auditorium, Menara DBKL 1, 28 Mac 2013 (Khamis).

 

Sementara itu, Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik turut menyampaikan surat tawaran menduduki rumah PPR Bukit Jalil daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada 99 bekas tentera dan polis. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata tawaran itu dibuat sebagai penghargaan kerajaan melalui kementeriannya di atas sumbangan mereka kepada negara selama ini.

 

Penerima-penerima surat tawaran tersebut merupakan kumpulan kedua selepas kumpulan pertama yang terdiri daripada 584 orang kelainan upaya (OKU), ibu dan bapa tunggal menerima tawaran sama Januari lalu. “Mereka boleh menduduki rumah tersebut setelah membayar deposit kepada DBKL, dan seterusnya proses pindah masuk rumah masing-masing boleh dijalankan,” katanya lagi.