Ahad, 19 Mei 2013 06:25:48

BERITA

DBKL Lancar Khidmat MYSMS

Tarikh : 18 Jun 2012

 
   

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyambut baik usaha kerajaan bagi memantapkan saluran perkhidmatan kepada warga kota dengan mewujudkan MYSMS atau dikenali sebagai Gerbang SMS kerajaan. MYSMS adalah usaha kerajaan dalam memperkenalkan satu nombor sms iaitu 15888 bagi semua agensi kerajaan. Bertitik-tolak dari itu, DBKL telah mengadakan Majlis Pelancaran MYSMS dan Semakan Saman Mobile APPS DBKL di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1 pada 18 Jun 2012 (Isnin).

  

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur diiringi oleh yang Berbahagia Datuk Haji Salleh Yusop, Ketua Pengarah DBKL serta Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah DBKL. Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad berkata melalui MYSMS DBKL, terdapat empat perkhidmatan yang akan ditawarkan iaitu Semakan Saman Trafik, Semakan status permohonan lesen perniagaan, Aduan Awam secara SMS dan SMS kaunter rating. “Bagi aplikasi mobile, DBKL akan menawarkan semakan saman iaitu saman am dan trafik melalui aplikasi Smartphone.

Menurutnya lagi, bagi SMS Kaunter Rating, DBKL merupakan salah satu agensi perintis bagi sistem ini yang diselia oleh MAMPU dibawah program Strategic Reform Initiatives. “Sistem ini dapat memberi peluang kepada pelanggan untuk memberi maklumbalas mengenai kualiti perkhidmatan yang telah mereka terima di kaunter DBKL. Buat permulaan, kami akan melibatkan 47 kaunter sahaja dahulu”, katanya lagi.