- Details
- Category: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
- Last Updated on Tuesday, 26 March 2013 14:19
PERKHIDMATAN KAMI
|
|||
| Objektif | |||
|
Memastikan hartanah persendirian di WPKL dinilai bagi maksud cukai taksiran selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976, mengurus hartanah Datuk Bandar serta memberi khidmat nasihat nilaian hartanah untuk jabatan dalaman DBKL dengan efisyen dan berkesan. |
|||
| Fungsi | |||
| 1. |
Membuat penilaian cukai taksiran ke atas hartanah persendirian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
|
||
| 2. |
Membuat penilaian caruman membantu kadar ke atas harta milik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.
|
||
| 3. |
Membuat penilaian nilai pasaran, nilai pampasan, nilai sewa, nilai pajakan, nilai insuran dan kajian kemungkinan bagi harta-harta milik DBKL atau yang dicadang dibeli/disewa/diambil balik oleh DBKL.
|
||
| 4. |
Membuat penilaian caj pembangunan mengikut permintaan dari Jabatan Perancang & Kawalan Bangunan DBKL.
|
||
| 5. |
Mengurus permohonan tanah, sewaan tanah dan bayaran cukai tahunan bagi tanah-tanah milik DBKL.
|
||
| 6. |
Mengurus dan menyelenggara bangunan pejabat, kilang, pangsapuri dan kondominium milik DBKL.
|
||
| 7. |
Mengurus permohonan hakmilik strata bagi perumahan awam milik DBKL.
|
||
| Perkhidmatan Kami | |||
| 1. |
PERKHIDMATAN KAUNTER SENARAI NILAIAN DI JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA, DBKL
|
||
|
Kaunter di sini menyediakan kemudahan kepada wargakota untuk menjelaskan bil-bil setempat seperti bil cukai pintu, saman, sewaan rumah bandaraya dan lain-lain yang berkaitan. |
|||
|
Di sini juga disediakan perkhidmatan carian untuk permohonan mendapatkan maklumat pemilikan serta kemaskini hakmilik dan tukar alamat surat menyurat untuk bil cukai taksiran. |
|||
| Kaunter dibuka pada hari dan waktu di bawah: | |||
| REHAT | |||
| ISNIN - KHAMIS : 1.00 petang - 2.00 petang | |||
| JUMAAT : 12.15 tengahari - 2.45 petang | |||
|
(Nama Pegawai: Encik Hassan Basri Osman, Telefon: 603-2617 1036/1038)
|
|||
| KAUNTER DITUTUP PADA CUTI UMUM DAN HARI KELEPASAN AM | |||
| Perhatian: | |||
| Apabila membuat carian, hendaklah menyediakan maklumat berikut: | |||
| i. | Nombor Lot | ||
| ii. | Nama Jalan | ||
| iii. | Seksyen | ||
| iv. | Plan Kedudukan Harta | ||
| Setiap carian di bawah akan dikenakan bayaran sebanyak RM40.00 | |||
| i. | Pemilik Harta | ||
| ii. | Alamat Harta | ||
| iii. | Nombor Lot | ||
| iv. | Cukai yang dikenakan serta | ||
| v. | Lain-Lain perkara berkaitan dengan cukai taksiran | ||
| 2. |
BAHAGIAN PENYEWAAN BANGUNAN
|
||
|
Bahagian Penyewaan Bangunan di bawah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta menyediakan perkhidmatan penyewaan rumah/kedai/pejabat bagi harta-harta di bawah seliaan bahagian ini. |
|||
|
Bahagian ini juga memastikan unit berada dalam keadaan yang baik dan sempurna. |
|||
|
Pembayaran deposit sewa dan utiliti perlu dijelaskan dahulu sebelum penyerahan kunci premis kepada penyewa. |
|||
|
Terdapat Perjanjian Penyewaan antara penyewa dan pihak DBKL. |
|||
|
Penyewa perlu mengisi Borang Permohonan Sewa untuk memohon. Borang ada disediakan di segmen E-Borang. |
|||
| Nama Pegawai: Encik Zainuddin bin Muhamad | |||
| No. Telefon: 603-2617 1042 | |||
| Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | |||
| 3. |
BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN
|
||
|
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan di bawah JPPH menjalankan tugas-tugas Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COB) sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan & Pengurusan) 2007 (Akta 663). |
|||
|
Akta 663 digubal bagi memastikan penyelenggaraan dan pengurusan semua jenis bangunan berstrata diurus dengan baik dan dikawal selia oleh COB mengikut peruntukan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan & Pengurusan) 2007 (Akta 663) serta Bahagian 6 & 7 Akta Hakmilik Strata 1985. |
|||
|
Antara tugas-tugas Bahagian Pesuruhjaya Bangunan adalah seperti berikut:
|
|||
| i. |
Mengendalikan aduan yang berkaitan dengan pengurusan bangunan berstrata.
|
||
| ii. |
Memastikan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (Join Management Body) dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan pemilikan kosong.
|
||
| iii. |
Mengeluarkan Sijil penubuhan JMB.
|
||
| iv. |
Menentukan akaun penyelenggaraan bangunan diselenggara dengan baik.
|
||
| v. |
Memantau mesyuarat dikendalikan JMB & MC.
|
||
| vi. |
Menyelesaikan pertikaian di antara pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan bangunan berstrata.
|
||
|
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan juga menyediakan perkhidmatan carian untuk permohonan mendapatkan data mengenai pihak/badan pengurusan bangunan berstrata. |
|||
|
Setiap carian berkenaan akan dikenakan fee carian berdasarkan bilangan data dan ianya seperti berikut : |
|||
| Bil. | Bilangan Data Yang Dipohon | Jumlah Caj/ Data |
| 1. | 1 - 50 | RM 5.00 |
| 2. | 51 - 100 | RM 4.00 |
| 3. | 101 - 200 | RM 3.00 |
| 4. | 201 - 400 | RM 2.00 |
| 5. | 401 - 700 | RM 1.00 |
| 6. | 701 - 1,000 | RM 0.70 |
| 7. | > 1,000 | RM 0.50 |
|
Sebarang pertanyaan dan aduan, bolehlah dikemukakan di alamat: |
||
| BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA TINGKAT 17, BANGUNAN TH PERDANA 1001 JALAN SULTAN ISMAIL 50250 KUALA LUMPUR Tel: 603-2617 1083 Faks: 603-2698 6571 Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
||
| Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan |
| Tahrina bt. Taib |
Zon 1 & Zon 2 |
603-2617 1087 & 603-2617 1084 |
|
Lembah Pantai, Damansara, TTDI, Bangsar, Bukit Bandaraya, Bukit Damansara, Bukit Tunku Selayang, Kepong, Segambut, Mont' Kiara, Jinjang |
||
| Mohd Saiful Yazid b. Basri | Zon 3, Zon 4 & Zon 6 |
603 - 2617 1092 & 603-2617 1090 |
|
Setapak, Setiawangsa, Wangsa Maju, Taman Melati, Jalan Genting Klang Sentul, Jln Ipoh, Kg. Baru, Titiwangsa, Chow Kit, Jalan Kuching, Pusat Bandar Brickfields, Jalan Loke Yew, Mid Valley, Seputeh, Bukit Desa, Sg. Besi |
||
| Marini bt. Suhaimi |
Zon 5, Zon 7 & Zon 8 |
603 - 2617 1088 & 603-2617 1091 |
|
Jalan Pinang, Jalan Ampang, Jalan Stonor, Pusat Bandar, Miharja, Maluri, Pandan Cheras, Bandar Tun Razak, Shamelin, Bandar Sri Permaisuri, Taman Connaught Petaling, Sg. Besi, Bukit Jalil, Kuchai Lama, Jalan Klang Lama |
| Bahagian Aduan & Pengurusan | ||
| 1. |
Siti Aminah bt. Abdul Aziz (603-26171073/ 603-26171074) |
|
|
Zon 1 - Lembah Pantai, Damansara, TTDI, Bangsar, Bukit Bandaraya, Bukit Damansara, Bukit Tunku |
||
| 2. |
Eliza bt. Abd Aziz (603-26171016/ 603-26171017) |
|
|
Zon 2 - Selayang, Kepong, Segambut, Mont' Kiara, Jinjang |
||
| 3. |
Diana bt. Abd Latiff (603-26171006 / 603-26171007) |
|
|
Zon 3 - Setapak, Setiawangsa, Wangsa Maju, Taman Melati, Jalan Genting Klang |
||
| 4. |
Miftah Farhi b. Musa (603-26171010/ 603-26171011) |
|
|
Zon 4 - Sentul, Jalan Ipoh, Kg. Baru, Titiwangsa, Chow Kit, Jalan Kuching, Pusat Bandar |
||
| 5. |
Zaleha bt. Abdul Rahman (603-26171068/ 603-26171069) |
|
|
Zon 5 - Jalan Pinang, Jalan Ampang, Jalan Stonor, Pusat Bandar, Miharja, Maluri, Pandan |
||
| 6. | Mohd Azuan b. Ahmad (603-26171065/ 603-26171066) | |
|
Zon 6 - Brickfields, Jalan Loke Yew, Mid Valley, Seputeh, Bukit Desa, Sg. Besi |
||
| 7. | Fadzilah bt. Ahmad (603-26171051/ 603-26171052) | |
|
Zon 7 - Cheras, Bandar Tun Razak, Shamelin, Bandar Sri Permaisuri, Taman Connaught |
||
| 8. |
Marziana bt. Mat Jelas (603-26171013/ 603-26171014) |
|
|
Zon 8 - Petaling, Sg. Besi, Bukit Jalil, Kuchai Jaya,Jalan Klang Lama |
||











