Sunday, 21st December 2014 [ 2:32:42am ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

DBKL Pelihara Karektor Warisan Di Medan Pasar

 

Dalam usaha mewujudkan ruang bandar yang mempunyai karektor warisan yang selesa, indah, meriah dan selamat khususnya untuk komuniti Medan Pasar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menaik taraf bangunan-bangunan premis di sini dengan mengadakan kerja-kerja mengecat dan pencahayaan semula melibatkan 26 premis sebagai tarikan kepada warga kota dan pelancong.

Bagi merealisasikan usaha ini, DBKL menganjurkan ‘Sesi Mendengar Pandangan Cadangan Mengecat Fasad Bangunan, Impak Pencahayaan dan Kawalan Reka Bentuk Papan Tanda Premis-Premis di Kawasan Medan Pasar’. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Phesal Hj. Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur di Perpustakaan Kuala Lumpur 7 Mei 2013 (Selasa).

Menurutnya Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Phesa, sasaran bagi tujuan sesi ini diadakan adalah pemilik-pemilik, penyewa-penyewa bangunan di sekeliling perkarangan Medan Pasar untuk memberikan sokongan dan kerjasama di atas objektif projek tersebut. “Kita sedang memikirkan pelbagai aktiviti seni yang boleh diadakan di sana tidak kira siang mahu pun malam. DBKL juga akan mencadangkan tentang kos peruntukan yang akan dikenakan kepada pemilik bangunan iaitu sebanyak 30 peratus dan selebihnya di pihak kami,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, DBKL juga mahu menjadikan kawasan tersebut sebagai nilai tambah sempena Tahun melawat Malaysia tahun hadapan. “ Kita tidak mahu melihat bangunan-bangunan yang tidak terurus dan using di ibu kota,” tambahnya lagi.