Sabtu, 1 November 2014 [ 6:51:49pm ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Gotong-royong Perdana Kempen Kawalan tikus 2013

 

  

Bagi membendung pembiakan tikus di sekitar ibu kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan melancarkan Gotong-Royong Perdana 2013, Kempen Kawalan Tikus di Pihak Berkuasa Tempatan, 24 Ogos 2013 (Sabtu). 

Diadakan di Padang Perumahan Polis Desa Tasik, Sg. Besi, gotong-royong perdana ini diadakan bertujuan bagi membendung penyebaran penyakit leptospirosis yang wujud akibat penularan kuman bakteri melalui sentuhan kencing tikus kepada manusia. Bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, majlis perasmiannya disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh Yusup, Ketua Pengarah DBKL. Ia turut diadakan serentak di kesebelas parlimen Kuala Lumpur.

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh berkata, aktiviti menangkap dan mengawal tikus ini patut mendapat kerjasama dan sokongan anggota masyarakat terutamanya warga kota. “Bagi mendorong warga kota turut serta dalam kegiatan menangkap tikus, DBKL menyediakan peruntukkan sebanyak RM 50,000. Ini adalah bagi menghargai sumbangan warga kota untuk sama-sama turut serta menangkap tikus dalam program di mana setiap ekor tikus yang ditangkap mereka diberi RM 1 dan kami juga memberi perangkap kepada anggota masyarakat secara percuma,” katanya lagi.