Sabtu, 25 Mei 2013 13:29:20

BERITA

Projek Bintang Cemerlang LA21 KL Meriah

Tarikh : 20 Jun 2012

 
   

Projek Bintang Cemerlang 2011 dengan tema Perpaduan Dalam Kepelbagaian telah pun melabuhkan tirainya. Justeru, Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Piala Pusingan Datuk Bandar 2011 telah berlangsung pada 20 Jun 2012 (Rabu) dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Turut mengiringi beliau adalah Yang Berbahagia Datuk Ahmad Phesal Talib, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

  

Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik dalam ucapannya berkata, projek ini bermatlamat bagi meneruskan pelaksanaan projek berkaitan dalam usaha menjana perpaduan komuniti yang holistik dalam kepelbagaian bidang seperti pendidikan, kesenian dan kesukanan. Antara anugerah-anugerah yang disampaikan adalah seperti Pelajar UPSR, PMR dan SPM 2011, Sukan dan Kokurikulum 2011, Sekolah Projek Bintang Cemerlang LA 21 KL, Sekolah Terbaik kategori sekolah rendah dan menengah 2011 dan Piala Pusingan Datuk Bandar 2011. Bagi Anugerah Sekolah Terbaik Keseluruhan, pemenangnya adalah Sekolah Kebangsaan Bangsar dan menerima Piala Pusingan Datuk Bandar 2011.