- Details
- Category: Berita
- Last Updated on Friday, 06 July 2012 07:57
BERITA |
Ekspedisi Sungai Klang 2012 Bawa Mesej Kesedaran |
Tarikh : 1 Julai 2012 |
![]() Jabatan Pengairan dan Saliran dengan kerjasama PEMANDU, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa agensi lagi telah mengadakan program Ekspedisi Sungai Klang bersama Media bermula dari Pelabuhan Klang dan tamat di Empangan Klang Gate. Program ini telah bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 3.30 petang pada 1 Julai 2012 (Ahad). Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Ali Mohamad Nor dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Yang Berbahagia Datuk Ahmad Phesal Talib. Ekspedisi ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga keindahan dan kebersihan sungai di sekitar Lembah Klang. Menurut Yang Berhormat Datuk Seri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, kadar sampah di Sungai Klang yang dicatatkan pada masa kini ialah 77,000 tan setahun dan diharap dengan adanya projek River of Life (ROL), kerajaan dapat mengurangkan lagi kadar ini iaitu sebanyak 50,000 tan setahun melalui pelbagai langkah termasuk pemasangan perangkap sampah selain program kesedaran awam. Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Ali Mohamad Nor. |











