Jumaat, 24 Mei 2013 20:23:22
- Details
- Category: Berita
- Last Updated on Saturday, 07 July 2012 19:15
BERITA |
Nikmati Kawasan Hijau Taman Rimba Bukit Kerinchi |
Tarikh : 7 Julai 2012 |
![]() Bagi memberi keselesaan kepada orang ramai yang cintakan keindahan alam semulajadi sambil beriadah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membangunkan Taman Rimba Bukit Kerinchi, Pantai Dalam. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, 7 Julai 2012 (Sabtu). Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik berkata, taman ini dibangunkan dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula Julai 2011 dan siap sepenuhnya pada Jun lalu yang melibatkan kawasan seluas 0.4 hektar. Bagi fasa kedua dan ketiga pula hanya akan bermula pada tahun depan. “Luas keseluruhan tapak kawasan hijau ini adalah 66.15 hektar dan ia merupakan kawasan bukit yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan dimiliki sepenuhnya oleh DBKL dan dirizabkan sebagai kawasan hijau,” katanya.
Katanya lagi, taman ini menyediakan kemudahan riadah dan yang lengkap serta mewujudkan suasana hidup yang lebih sihat kepada pengunjungnya. |











