Jumaat, 24 Mei 2013 09:43:22

Profil DBKL

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

 

KL_1926

KL_now

Tan Sri Dato' Lokman Yusof bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal dunia pada 15.5.1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10 tahun. Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar pada 1.2.1981.

Kuala Lumpur 1926 Kuala Lumpur Kini
 


Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato' Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17.11.1992. Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14.12.1995 hingga 13.12.2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Kol. Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek yang dilantik pada 14.12.2001. Kemudian, daripada 14.12.2004 sehinggalah 13.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang ketujuh telah disandang oleh Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan.

Bermula dari 14.12.2006 hingga 13.12.2008, jawatan Datuk Bandar yang kelapan telah disandang oleh Datuk Seri AB Hakim bin Borhan. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kesembilan iaitu Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail yang dilantik pada 14.12.2008. Kini, jawatan Datuk Bandar kesepuluh pula disandang oleh Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib yang memulakan tugasannya pada 18.7.2012.

 
DB_1 DB_2 DB_3
DB_4
DB_5
Datuk Bandar Kuala Lumpur Pertama Datuk Bandar Kuala Lumpur Kedua Datuk Bandar Kuala Lumpur Ketiga Datuk Bandar Kuala Lumpur Keempat Datuk Bandar Kuala Lumpur Kelima
Tan Sri Dato' Lokman
Yusof

Tan Sri Yaakob
Latiff

Tan Sri Dato' Elyas
Omar
Dato' Dr. Mazlan
Ahmad
Tan Sri Dato’
Kamaruzzaman Shariff
DB_6 DB_7 DB_8 DB_9 DB_9
Datuk Bandar Kuala Lumpur Keenam Datuk Bandar Kuala Lumpur Ketujuh Datuk Bandar Kuala Lumpur Kelapan Datuk Bandar Kuala Lumpur Kesembilan Datuk Bandar Kuala Lumpur Kesepuluh
Datuk Hj. Mohmad Shaid
bin Mohd Taufek
Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan Datuk Seri AB Hakim bin Borhan Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail Datuk Seri Hj.
Ahmad Phesal bin Hj. Talib