- Details
- Category: Berita
- Last Updated on Monday, 23 July 2012 08:18
BERITA |
Perkara ‘Asas’ Akan Saya Selesaikan – Datuk Bandar Kesepuluh |
Tarikh : 18 Julai 2012 |
![]() “Saya amat menghargai semua pembangunan yang telah dilakukan oleh Datuk Bandar terdahulu dan akan memastikan semuanya dapat diteruskan dengan lancar. Sebagai Datuk Bandar yang baru, saya akan memastikan semua permasalahan asas seperti masalah jalan berlubang, kebersihan persekitaran, lampu jalan rosak dan lain-lain lagi diselesaikan demi mencapai hasrat sebagai bandar raya bertaraf dunia”. Itulah harapan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar kesepuluh, Yang Berbahagia Dato' Hj. Ahmad Phesal Talib pada sidang media khas di Pejabat Rasmi Datuk Bandar, Menara DBKL 1, 18 Julai 2012. Katanya lagi, aduan serta cadangan dari warga kota seharusnya diselesaikan dengan segera agar DBKL dilihat sebagai PBT yang efisien dan menitikberatkan penyelsaian masalah yang dihadapi orang ramai. “Saya anggap aduan dari mereka adalah aset kepada DBKL untuk memperbaiki kelemahan sedia ada dan tidak sepatutnya dipandang remeh. Kerjasama dari pihak media turut saya hargai dalam menyalurkan maklumat terbaik kepada rakyat supaya hubungan kami akan terpelihara”, katanya.
Terdahulu, beliau yang memulakan tugasnya hari ini tiba di Menara DBKL 1 pada jam 7.45 pagi dan disambut oleh para pegawai kanan dan kakitangan DBKL. Seterusnya, beliau berpeluang mengadakan pertemuan selama 30 minit bersama ahli-ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan menghadiri mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan DBKL. |











