Jumaat, 24 Mei 2013 16:28:28

Keprihatinan Awam

Kebersihan Dan Keselamatan Tandas Awam

 
 

Buat kali pertama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar telah mengadakan Seminar Kebersihan dan Keselamatan Tandas peringkat DBKL 2012 pada 17 Julai 2012 (Isnin). Seminar satu hari itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Salleh Yusop, Ketua Pengarah DBKL di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1. 

Menurut Yang Berbahagia Datuk Salleh, seminar ini diharap dapat menyedarkan masyarakat terhadap amalam penjagaan tandas yang baik supaya dapat meningkatkan imej kebersihan tandas awam di Kuala Lumpur. “Saya berharap agar seminar ini sedikit sebanyak memberi impak kepada para peserta untuk menyebarkan kepentingan menjaga tandas awam untuk kebaikan semua. Ini penting untuk merealisasikan impian kita menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia”, katanya lagi.

Selain daripada jabatan-jabatan dalaman DBKL, turut terlibat adalah wakil-wakil pemilik restoran dan penjaja, persatuan penjaja dan restoran Wilayah Persekutuan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Tetuan Alam Flora Sdn. Bhd. Para penceramah yang membentangkan kertas kerja dalam seminar ini terdiri daripada QRAM, Denai Biru Sdn. Bhd dan PLUS Expressways Berhad.