Ahad, 19 Mei 2013 12:50:32

Panggung Bandaraya : Panduan / Peraturan / Etika

 

Penonton mesti berada di tempat duduk 15 minit sebelum persembahan bermula

Penonton yang lewat tidak akan dibenarkan masuk sehinggalah tibanya waktu yang bersesuaian

 

Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam auditorium kecuali bagi produksi khusus untuk kanak-kanak dan persembahan matinee dengan syarat ditemani oleh orang dewasa

 

Kamera dan sebarang alat rakaman tidak boleh dibawa masuk ke dalam panggung tanpa kebenaran Pengurusan Panggung DBKL

Telefon bimbit dan alat kelui hendaklah dimatikan sewaktu memasuki panggung

Merokok, membawa makanan dan minuman ke dalam panggung adalah tidak dibenarkan sama sekali

 

Penonton dinasihatkan supaya menjaga barangan berharga, DBKL tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barangan tersebut

 

Panggung Bandaraya | Kod Pakaian

 

Orkestra/koir
‘Lounge suit’, batik dan baju berlengan panjang

 

Teater/tarian
Kemas, sopan dan bersesuaian

 

Tidak dibenarkan
Seluar jeans yang lusuh/koyak, Kemeja T berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan dan selipar

 

Panggung Bandaraya | Peringatan Penting

 

DBKL berhak menafikan penonton dari memasuki panggung jika tidak mematuhi garispanduan dan kod berpakaian yang digariskan di atas. Program persembahan adalah tertakluk kepada pindaan tanpa sebarang maklumat awal.

 

Dengan Perintah
Datuk Bandar Kuala Lumpur