- Details
- Category: Berita
- Last Updated on Tuesday, 24 July 2012 09:32
BERITA |
Majlis Penyerahan Dokumen Cadangan Pembangunan Stesyen Minyak Kepada Petronas Dagangan Bhd |
Tarikh : 24 Julai 2012 |
![]() Model OSC 1Submission telah dilancarkan pada 1 Jun 2012 dan penyerahan dokumen permohonan cadangan pembangunan yang pertama kepada OSC DBKL ialah pada 20 Jun 2012 daripada Petronas Dagangan Berhad untuk membina sebuah Stesyen Minyak di KM 2.95, Plaza Tol Penchala Link. Pihak OSC juga telah dapat menyelaras proses pemantauan dengan berkesan bagi memastikan penyerahan dokumen keputusan / kelulusan kepada PSP (Principal Submitting Person) tidak melebihi temph masa piagam yang telah ditetapkan. ![]() Menurut Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur, keputusan permohonan pembangunan telah dikeluarkan melalui OSC 1Submission pada 16 Julai 2012 dan mengambil masa 27 hari sahaja. “Pencapaian ini adalah lebih baik berbanding 51 hari yang diperuntukkan. Jika kita bandingkan dengan laporan Ease of doing Business 2012 yang dikeluarkan oleh World Bank sebelum ini, masa yang diambil ialah 140 hari,” katanya dalam sidang media Majli Penyerahan Dokumen Cadangan Pembangunan Stesyen Minyak kepada Petronas Dagangan Bhd di Menara 2 DBKL, 24 Julai 2012. Turut hadir adalah Yang Berbahagia Datuk Salleh Yusup, Ketua Pengarah DBKL, Yang Berbahagia Datuk Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Encik Akbar Md Thayoob, Pengurus Besar Kanan Bahagian Perniagaan Runcit Petronas Dagangan Berhad. |












