Jumaat, 24 Mei 2013 23:41:43

BERITA

Ramadan Platform Dekati Penduduk

Tarikh : 26 Julai 2012

 
 

Yang Berbahagia Dato' Hj. Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawih bersama kira-kira 1,000 tetamu termasuk penghuni Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Masjid Azzubair Ibnul Awwam,Cheras pada 26 Julai 2012 (Khamis).

 
 
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Yang Berbahagia Datuk Hj. Amin Nordin Abd. Aziz dan Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Encik Sukiman Surahman.

 

Sementara itu, Yang Berbahagia Dato' Hj. Ahmad Phesal turut menyampaikan Jalur Gemilang sempena Kempen Kibar Bendera Hari Kebangsaan kepada persatuan penduduk PA dan PPR tersebut.