Isnin, 20 Mei 2013 19:45:37
- Details
- Category: Berita
- Last Updated on Tuesday, 31 July 2012 07:50
BERITA |
Kakitangan DBKL Digesa Terap Nilai Murni Ketika Menjalankan Tugas |
Tarikh : 30 Julai 2012 |
![]() Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur buat pertama kalinya telah menghadiri Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai di Auditorium DBKL, 30 Julai 2012 (Isnin). Turut hadir adalah Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh Yusup, Ketua Pengarah DBKL serta Ahli-ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Phesal berkata, kakitangan DBKL harus menerapkan sifat kerohanian ketika menjalankan tugas kerana ia boleh membawa pulangan yang baik pada masa akan datang. “Sekiranya kita ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab kita, sesungguhnya kepuasan bekerja itu akan datang sendiri, sekaligus dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk warga kota”, katanya. Beliau turut mengingatkan pemimpin tertinggi serta ketua-ketua jabatan DBKL supaya memberi sepenuh kepercayaan kepada kakitangan bawahan ketika mereka menyelesaikan tugasan yang diberi agar tahap motivasi dapat ditingkatkan.
Pada majlis itu juga turut diadakan Kibar Jalur Gemilang bersama kakitangan sebagai tanda sambutan bulan kemerdekaan, Ogos ini. Selain itu, beliau turut berpeluang melekatkan Jalur Gemilang di kenderaan-kenderaan rasmi DBKL yang diadakan di Lobi Menara DBKL 1. |










