- Details
- Category: Keprihatinan Awam
- Last Updated on Wednesday, 01 August 2012 15:49
Keprihatinan Awam |
DBKL Jalankan Operasi Pantau Kebersihan Makanan |
![]() Bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar telah dan akan mengadakan beberapa siri operasi bagi memantau tahap kebersihan makanan di Bazar Ramadan seluruh Kuala Lumpur. DBKL juga bakal mengenakan kompaun sehingga RM 2,000 kepada lebih 3,000 penjaja bazar Ramadan sekiranya didapati melanggar tahap kebersihan makanan dan minuman yang dijual.
![]()
Menurut pengarahnya, Dr. Hayati Abdullah bagi memastikan semua makanan dijual selamat dan bersih untuk dimakan, DBKL melancarkan operasi pemantauan dan persampelan makanan di 97 lokasi bazar Ramadan. “Sampel makanan dipilih secara rawak membabitkan makanan berpotensi tinggi untuk berlaku pencemaran silang berpunca daripada cara pengendalian masakan dan jenis bahan mentah yang digunakan”, katanya. Beliau berkata demikian pada operasi kebersihan di Bazar Ramadan Sri Permaisuri,Cheras pada 26 Julai 2012 (Khamis). |











