Selasa, 21 Mei 2013 13:01:33

BERITA

DBKL Anjur Taklimat Makluman Awam-Projek NKEA Greater KL/Klang Valley EPP7 (Iconic Place)

Tarikh : 1 Ogos 2012

 
 

Pada 1 Ogos 2012 (Rabu), telah diadakan Taklimat Makluman Awam untuk Projek NKEA Greater KL/Klang Valley EPP7 (Iconic Place) di Auditorium,Menara DBKL 1. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan kepada orang awam selain untuk mendapatkan pandangan serta maklumbalas mengenai cadangan yang akan dilaksanakan untuk kawasan Heritage Trail Route 1 – Medan Pasar, Heritage Trail Route 2 – Masjid Jamek-Pusat Perhutanan Bukit Nanas dan Heritage Trail Route 3 – Medan Pasar – Hang Kasturi – Lebuh Padu – Jalan Silang.  

 
Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ahmad Phesal berkata, bengkel ini dilihat mampu memupuk perkongsian sihat di antara kerajaan dan rakyat bagi sama-sama merancang kerana pihak berkepentingan di kawasan ini lebih memahami potensi sebenar kawasan masing-masing. “Perkara ini perlu dikongsi bersama bagi membantu pihak perunding merealisasikan pelan tersebut”, katanya lagi.

 

Antara perunding yang memberikan taklimat adalah perunding dari Aecomm Sdn. Bhd, I-NAI Ventures Sdn. Bhd dan MATA Arkitek.