Ahad, 19 Mei 2013 10:51:44

Keprihatinan Awam

Perbarisan Tamat Latihan Penguatkuasa DBKL

 
 

Setelah menjalani kursus dan latihan selama 110 hari di Kem Bumi Jati Klang, 30 hari di Institut Latihan DBKL dan 30 hari ‘on job training’, seramai 67 orang pelatih berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Penguatkuasa Siri 1 (2012). Perbarisan Tamat Kursus Asas Penguatkuasa yang telah diadakan di Stadium Titiwangsa telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh Yusup, Ketua Pengarah DBKL dan Yang Berbahagia Datuk Hj. Amin Nordin Abd. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL.

 

 

 

Dalam ucapannya perasmiannya, Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh berkata, anggota penguatkuasa merupakan sebahagian daripada pelaksana dasar dan peranan ini perlu lebih serius untuk menangani sebarang isu. “Bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap, kekuatan serta kualiti pegawai dan anggota yang berkhidmat perlu sentiasa di tahap tertinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan”, katanya.

 

Sementara itu, Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh juga menyampaikan anugerah kepada Pelatih Keseluruhan Terbaik iaitu Siti Nur Nadiah Hassan ( Aw/5536 ) yang juga dipilih menjadi salah seorang Pelatih Kawad Terbaik.