Jumaat, 24 Mei 2013 18:46:19

BERITA

DBKL Edar 500 Jalur Gemilang di Jalan TAR

Tarikh : 3 Ogos 2012

 
 

Demi memupuk semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di kalangan warga kota di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif dengan mengedarkan sejumlah 500 Jalur Gemilang kepada pengusaha premis perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, 3 Ogos 2012 (Jumaat). Edaran Jalur Gemilang tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ahmad Phesal Talib diiringi Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh Yusup, Ketua Pengarah DBKL.

 
 
 
Sementara itu, dalam sidang media majlis tersebut, Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Phesal berkata, DBKL akan menggandakan edaran Jalur Gemilang untuk tahun ini ke seluruh Kuala Lumpur dengan jumlah 45,000 sebagai usaha memperkasakan semangat patriotik untuk semua. “Saya berharap agar peniaga bukan sahaja mengharapkan bendera dari DBKL sahaja tetapi rakyat juga perlu prihatin dengan perkara ini dan pastikan Jalur Gemilang terus dikibar.

 

Katanya lagi, DBKL juga akan mengedarkan Jalur Gemilang ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).