Rabu, 16 April 2014 16:20:39

BERITA

Persatuan Penduduk Terima Sumbangan Dari DBKL

Tarikh : 9 Ogos 2012

 
 

Pada 9 Ogos 2012 (Khamis), sebanyak 238 persatuan penduduk menerima sumbangan kewangan tambahan sebanyak RM 5,000 dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Majlis pemberian sumbangan ini telah diadakan di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1. Majlis pemberian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

 
Terdahulu pada 22 April 2012 lalu, semua persatuan penduduk tersebut telah pun menerima RM 5,000 semasa panganjuran Seminar Persatuan Penduduk 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor Bahru. Penambahan sumbangan ini telah diumumkan oleh Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik sendiri pada 14 Jun 2012.

 

 

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, sumbangan ini bertujuan bagi membantu semua persatuan penduduk yang sah berdaftar melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) melalui rekod Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL.. “Diharapkan dengan adanya sumbangan ini dapat memperkasakan persatuan penduduk dalam menganjurkan program-program sosial kepada masyarakat kawasan perumahan masing-masing”, katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis itu Yang Berbahagia Dato’ Hj. Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh Yusup, Ketua Pengarah DBKL dan Yang Berbahagia Datuk Hj. Amin Nordin Abd. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL.