Isnin, 16 Disember 2019 [ 12:29:59 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Profil Jabatan

Jabatan Kerja Awam telah digabungkan dengan Jabatan Saliran dan Pengurusan Sungai semasa penstrukturan semula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Julai 2011 dan dikenali dengan nama Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran (JKAWS). Penstrukturan baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2015 telah menggabungkan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran dengan Jabatan Pengangkutan Bandar. Jabatan baharu ini dinamakan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar (JKPB).

 

Pihak Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan penyelarasan semula fungsi JKPB dan melibatkan penjenamaan semula JKPB kepada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran (JKAWS) berkuat kuasa pada 3 September 2019.

 

Jabatan ini bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi pengurusan, penyelenggaraan dan pembinaan projek infrastruktur jalan, jambatan,sungai, cerun, parit induk, tebatan banjir dan lain-lain fungsi yang berkaitan.

 

VISI

Ke arah pelaksanaan rangkaian jalan, jambatan, cerun dan sungai selamat, indah dan berkualiti.

 

MISI

Menjadikan rangkaian jalan, jambatan, cerun dan sungai mengikut piawaian, berkualiti dan bertaraf dunia.