|
Jabatan Pengangkutan Bandar secara dasarnya telah menyediakan beberapa kemudahan kepada warga kota bagi tempat letak kereta di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Kemudahan tempat letak kereta yang diuruskan oleh jabatan adalah seperti berikut:
|
| |
 |
i. |
Sistem Tempat Letak Kereta Elektronik (SLKE) |
| |
ii. |
Tempat Letak Kereta Bermusim (petak KHAS) |
| |
iii. |
Bayaran Tempat Letak Kereta Secara Harian |
|
| |
I. PELAKSANAAN SISTEM TEMPAT LETAK KERETA ELEKTRONIK (BAYAR DAN PERAGA)
|
Waktu/Hari Operasi Isnin hingga Sabtu kecuali hari Ahad dan cuti am/umum 7.30 pagi - 6.00 petang Bayaran Pusat Bandar - RM0.80 sejam Luar Pusat Bandar - RM0.50 sejam
CONTOH-CONTOH MESIN SLKE YANG TERDAPAT DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR.
|
|
| |
II. PENYEWAAN TEMPAT LETAK KERETA BERMUSIM (PETAK KHAS)
|
I. Pusat Bandar - RM 210.00 sebulan II. Luar Pusat Bandar - RM157.50 sebulan Pemohon boleh memohon melalui borang yang boleh diperolehi secara percuma melalui laman web DBKL atau datang sendiri di DBKL (Kaunter Khidmat Pelanggan) atau di Jabatan Pengangkutan Bandar tingkat 21 Bangunan Menara Tun Razak K.L
|
|
| |
III. BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA HARIAN
| |
Jenis Permohonan Permohonan untuk menyewa tempat letak kereta secara harian adalah bagi tujuan-tujuan seperti berikut:
Pemasangan khemah sementara ditempat letak kereta untuk: i. Pembukaan resmi pejabat ii. Majlis makan malam / perayaan / kahwin iii. Promosi (tertakluk kelulusan dari Jabatan Perlesenan) iv. Penggunaan petak untuk projek pembangunan v. Dan lain-lain yang berkaitan Bayaran Bayaran sehari RM25.00 satu petak Cara Memohon Pemohonan boleh dibuat melalui borang yang boleh diperolehi secara percuma melalui laman web DBKL atau datang sendiri di DBKL (Kaunter Khidmat Pelanggan) atau di Jabatan Pengangkutan Bandar tingkat 21 Bangunan Menara Tun Razak K.L. Boleh juga memohon melalui surat rasmi dengan memenuhi maklumat yang diperlukan seperti berikut:
 Tarikh/masa  Bil tempat letak kereta yang ingin digunakan  Lokasi yang akan digunakan (berserta lakaran lokasi) Keterangan Lanjut: No. Tel : 03-2614 4246 No. Faks : 03- 2693 9245 Pegawai yang boleh dihubungi: Zaharah/Sasha/Azmir dan Shahrizal
|
|
| |
PETUNJUK: |
| Kawasan Pusat Bandar = Zon 1 |
| Kawasan Luar Pusat Bandar = Zon 2, 3, 4, 5, 6, 7 |
 |