Rabu, 22 Februari 2017 [ 8:54:38 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Perutusan Datuk Bandar

Selamat datang ke Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

 

Selaras dengan peredaran masa, DBKL seboleh mungkin turut mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sistem penyampaian perkhidmatannya. Kecanggihan teknologi terkini memungkinkan sesuatu perkhidmatan itu diberikan dengan pantas, cekap dan tepat. Portal Rasmi DBKL ini adalah salah satu pendekatan yang diwujudkan oleh DBKL bagi mencapai matlamat tersebut.

 

Portal Rasmi DBKL ini tidak hanya berfungsi sebagai satu cara penyampaian maklumat kepada para pelanggan tetapi ia juga menjadi salah satu saluran penerimaan maklum balas yang cepat dan efektif. Ia memudahkan interaksi di antara DBKL dengan pelanggannya, terutama dalam membantu mereka memahami secara lebih jelas tentang perkhidmatan yang diberikan serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh DBKL.

 

DBKL akan terus berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti Portal Rasmi ini demi memudahkan urusan para pelanggannya. Oleh yang demikian DBKL amat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan pandangan yang membina bagi memantapkannya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Datuk Seri Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz
Datuk Bandar Kuala Lumpur