Wednesday, 2nd September 2015 [ 2:03:21am ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Perkhidmatan Kami

OBJEKTIF

Memastikan kawalan bangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaksanakan secara teratur serta mematuhi kehendak undang-undang / dasar / polisi yang berkuatkuasa.

FUNGSI

Melaksanakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap bangunan yang akan / sedang / telah dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  1. Mengeluarkan Kelulusan Pelan Bangunan / Kebenaran Mendirikan Bangunan / Permit selaras mengikut keperluan Akta / Undang-undang / Polisi dan Garis Panduan yang dikuatkuasakan.

  2. Melaksanakan pemantauan dan kawalan tapak bina dari aspek keselamatan, kesihatan, kebersihan dan waktu bekerja bagi memastikan kehendak undang-undang dan peraturan dipatuhi.

  3. Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap bangunan / struktur yang dibina tanpa kelulusan atau permit.

  4. Memantau dan mengesan ketidakpatuhan dalam pembinaan serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang ketidakpatuhan dan terhadap bangunan yang diduduki / digunakan tanpa CF / CCC.

  5. Memastikan pemeriksaan bangunan secara berkala dilakukan oleh pemilik bangunan-bangunan yang melebihi lima (5) tingkat selepas sepuluh (10) tahun CF/CCC dikeluarkan.

  6. Mengenalpasti, memantau dan mengambil tindakan terhadap bangunan usang, terbiar dan kotor.